Friday, April 1, 2011

Islamicboyz_maahadianz

aq la...........islamicboyz_97
http://islamicboyz-maahadianz.blogspot.com/
Saksikan kisah sukses: sebuah cerita tentang seorang mahasiswa berjaya yang belajar bahasa Inggris di EF dan memenangkan berbagai penghargaan dunia iaitu habibullah jamil...




posted by habibullah jamil


saturday, april 02, 2011

a

friday, april 01, 2011


mAlaS bToL naK waT iBaDah

stat semalam, aq bertekad nak pergi masjid tiap hari,
pergi maghrib balik isya', masalahnya, bawu 2 hari,
aduh, rase tersekse btol, rase malas je nak pergi
masjid, tapi kalau pergi Plaza Angsana tu, sampai
berjam-jam pun taknak balik lagi, ni mesti
kes banyak sangat dose aq la ni,

"ya Allah, permudahkanlah bagiku untuk melakukan ibadah"
























pastu tadi, aq sediyh sangat, aq ade tengok
sorang laki ni, pakai tongkat, kaki dye sakit
kot, eksiden, ust. tu cakap dye bwu masuk
islam 2 tahun lepas, da banyak ujian,die
mintak derma bantu lanjutkan pelajaran
ke pondok kat kelantan, kesian dye,
waktu aq tengk dye, aq usahekan
hatiku untuk menangis mensyukuri nikmat,
tapi, air mata setitis pun tak keluar, keras
nye hati aku, aku sedih la dengan diri aku,
ade kawan aq kat maahad, hati dye lembut,
sebab tak solat sunat ba'diah pun boleh nangis,
kalo nak dibandingkan dengan aku, fuh,
aku susah betol nak nangis... kla...
nie je kot yang nak tulis... time kaseh sebab bace...
aku tak ingatlah hadis ke kata-kata hikmah,

"bersamalah dengan orang-orang yang bertaubat,
 kerana hati mereka lembut"

jap2, ada kawan lama aku, aku bru jumpe
blog dye, name dye Shahira Nabila, dye
cakap blog aku ingatkan dye kat tuhan,
alhamdulillah, aku tak espect langsung
dye nak cakap cenggitu, tapi tak pelah,
alhamdulillah, AKU INSAN KERDIL...

thursday, march 31, 2011


koNteSt blOg tErKemAs diAntaRe Yg kEmaS

alhamdulillah, syukur...
dapat jugak masuk kontes ni walaupun banyak halangan,
tak banyak pun sebenarnye, jus tenet lambat, tenet, tenet...
kontest blog terkemas,,, blog nie xde la kemas pown dbndgkn dgn blogowg len,,, jus kite timbe pgalaman byk2,,, bile da ade pgalaman
bru senang skit nak join len kali (2 pown kalo ade)....

check this out,,,




meh la join ramai-ramai,,,
kalo nak twu mcm-mcm lagi pasal kontes ni,,,,
jus lawatilah Blog Hana,,, silap2,,,, kak Hana,,,
saye maseh mde,,, tkan link ni,,,
hana

aq twu kontes drpd dyela,,, tenkiu,,,

wednesday, march 30, 2011


dIaM itu IbaDah

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan.
 Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh
empunya diri berbuat demikian.
Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah
 diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika
Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,
tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata:
"Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah
 beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
 dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)
Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,
"Diam-diam ubi berisi"
atau
"Diam-diam tong kosong"
atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"

HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia.
Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci
oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa
kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati
dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM
adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini









Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita
tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan
bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

TUESDAY, march 29, 2011

Karakter berdasarKan Kentut!!!

1 . ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang
lain
2 . ORANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam jam
3 . ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut
4 . ORANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut
5 . ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu
6 . ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa
untuk kentut
7 . ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau
harum
8 . ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan
kentutnya pada katil orang lain
9 . ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi
tapi selalu merasa malu sendiri
10. ORANG YANG STRATEGIK 
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya 
dengan ketawa terbahak-bahak agar 
tidak didengari oleh orang lain
11. ORANG YANG BODOH
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas
untuk menggantikan angin yang keluar
12. ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya
sediki-sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt"
13. ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga
dengan kentutnya
14. ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain
15. ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi
16. ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai
berbunyi
"blekutuk - blekutuk - bloop -bloop -bloopp"
17. ORANG YANG ATHLIT
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan
tenaga dalaman
18. ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut
19. ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang
20. ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya
tu merdu dan wangi...
hehehehehehheheee...
--

Bagus Punya Idea

1. Who will become an Ustaz

Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah


Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka).Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akan 'dikurung'
dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.


3. Muslim Idol

Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)


Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji.Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.

5. Audition


Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.

1 comment: